Saturday, 17 May 2014

Balance

Balancing atau keseimbangan, adalah sebuah karya foto yang memiliki keseimbangan, warna, komposisi, adegan maupun pencahayaan atau semua unsur dalam artistik fotografi masuk di dalamnya. Jika tidak mencapai pada sebuah keseimbangan yang mencakup itu semua, paling tidak boleh memasukkan sebagian dari unsur-unsur itu.
Kesimbangan dalam estetika di dalam sebuah karya seni baik foto mahupun seni lukis, menjadi sesuatu yang penting. Keseimbangan estetika akan menghasilkan rasa yang dimiliki masing-masing seniman atau fotografer. Dan rasa ini bisanya akan muncul dengan sendirinya, seiring penghayatan mereka terhadap sebuah visual.
Kesimbangan dalam estetika di dalam sebuah karya seni baik foto maupun seni lukis, menjadi sesuatu yang penting. Keseimbangan estetika akan menghasilkan rasa atau tes, yang dimiliki masing-masing seniman atau fotografer. Dan rasa ini bisanya akan muncul dengan sendirinya, seiring penghayatan mereka terhadap sebuah visual.

Alasan kenapa kamera memerlukan setting white balance adala kerana memotret dalam keadaan pencahayaan yang berubah-ubah. Mata kita adalah anugerah yang tidak ternilai dan sebagai alat yang mampu menyesuaikan diri terhadap perubahan warna cahaya, jadi kertas putih di mana-mana akan kelihatan putih. Namun, kamera tidaklah sehebat mata, kerana kertas putih belum tentu terlihat putih bagi kaera dalam warna pencahayaan yang berbeza.

Jadi tujuan setting white balance adalah untuk menegnali suhu sumber cahaya yang ada, supaya yang putih terlihat putih, merah terlihat merah dan hijau terlihat hijau, atau dengan kata lain agar kamera merakamkan warna objek secara teat dalam keadaan pencahayaan apapun.

 Tips Fotografi White Balance

Bagaimana Cara Setting White Balance?

Setiap kamera mempunyai cara setting yang berbeza, oleh kerana itu anda harus merujuk pada buku manual jika memang setakat ini belum menemukan caranya. Kalau anda masih bingung, gunakan mode auto white balance. Kamera mungkin tidak selalu betul tetapi biasanya ia boleh membantu.

Preset
Anda juga boleh menggunakan preset jika memang terdapat di kamera anda:.


§ Auto - kamera akan meneka suhu warna. Anda boleh menggunakannya dalam kebanyakan situasi, tetapi tidak disetiap situasi (misal: memotret saat sunset / sunrise)

§ Tungsten - disimbolkan dengan ikon bulb. Oleh itu, sesuai digunakan ketika anda mengambil gambar  di bilik dengan sumber cahaya bulb.

§ Fluorescent - disimbolkan dengan ikon lampu neon, gunakan ketika anda mengambil gambar di bilik dengan pencahayaan lampu neon.

§ Daylight - biasanya dengan simbol matahari, gunakan ketika berada di bawah sinar matahari

§ Cloudy - disimbolkan dengan awan, gunakan ketika memotret di cuaca mendung

§ Flash - simbolnya kilat, jika anda menggunakan lampu flash (strobe) gunakan preset ini.


§ Shade - biasanya simbolnya rumah atau pokok, gunakan ketika memotret dalam rumah (siang hari) atau anda berada di kawasan berbayang - bukan sinar matahri langsung.


Cara Setting White Balance Secara Manual

Beberapa kamera, terutama SLR, menyediakan kemudahan setting white balance manual. Setting manual adalah cara paling tepat jika kita bingung dengan suhu warna sumber cahaya kita. Ini biasanya terjadi dalam pemotretan dengan sumber pencahayaan yang lebih kompleks (lebih dari satu jenis suhu warna).

KIta boleh memanfaatkan kertas putih untuk tujuan ini. Set white balance mode di custom atau manual, kemudian arahkan kamera supaya snap gambar kertas putih tadi. Kamera akan mengesan warna putih dan menyimpan suhu, akan muncul pengesahan di skrin LCD kamera jika sudah di setting dengan baik.


Depth of Field


Mengawal berapa banyak cahaya masuk ke dalam lubang shutter hanyalah satu aspek pada aperture. Dengan menggunakan aperture, seseorang jurugambar itu juga boleh menunjukkan kreativiti nya menerusi Depth Of Field.

Pastikan gambar kita memiliki “sense of depth” dahulu merupakan langkah awal untuk menangkap perhatian mata penonton. Hal tersebut tidak harus digambarkan sangat detail, bahkan kadang-kadang lebih bagus apabila tidak terlalu detail.

Untuk mendapatkan gambar, beberapa fotografer suka menambahkan elemen lain seperti foreground element dalam foto mereka.

Dengan memilih foreground element blur dan lebih gelap value-nya. Ini merupakan cara yang sangat efektif untuk membuat focus point yang kuat, dan meningkatkan depth of field.

Maka dengan melakukan hal tersebut ke dalam sebuah foto Anda, akan menghasilkan efek yang sama. Foreground element tidak perlu sangat detail, cukup siluet simple dan dibuat blur.

Ketika foreground element meningkatkan depth atau jarak, hal yang sama berlaku pada background. Dengan menampilkan sesuatu dengan lighting yang normal, dan mampu menampilkan background blur akan lebih sedikit membantu menonjolkan focus point lebih baik.

Depth of field – DOF, adalah ukuran seberapa jauh bidang fokus dalam foto. Depth of Field (DOF) yang lebar berarti sebagian besar obyek foto (dari obyek terdekat dari kamera sampai obyek terjauh) akan terlihat tajam dan fokus. Sementara DOF yang sempit (shallow) berarti hanya bagian obyek pada titik tertentu saja yang tajam sementara sisanya akan blur/ tidak fokus.

Untuk mendapatkan DOF yang lebar gunakan setting aperture yang kecil, misalkan f-22 (makin kecil aperture makin luas jarak fokus) – lihat contoh foto diatas. Sementara untuk mendapat DOF yang sempit, gunakan aperture sebesar mungkin, misal f/2.8 – lihat contoh foto dibawah.
PICT0235_md
Deep Depth Of Field

Biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.

Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara yang perlu diingati:

1. Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.

2. Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth of Field.


PICT0236_md
Shallow Depth Of Field 

biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).

Rule of Thirds


Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward.

Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.


Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.


Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.


Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.


Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.


Apa Itu Composition..


Secara ringkasnya komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu, elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.


Penting ke komposisi?

Sangat Penting lah kerana Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.


Asas-asas komposisi

Terdapat banayak asas dalam fotografi, antaranya ialah:

Rule of Thirds beach
rule of thirds
komposisi ini selalu digunakan oleh fotografer. Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan tu mestilah kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tersebut.

building pattern composition
pattern
Banyak pattern atau pola disekitar kita, kumpulan pola yang sama seperti pada jendela-jendela gedung, tangga, atau pola pada sebuah daun.


Square VIII - /ï

keseimbangan (balance)

Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.

rule of thirds Flower
Background

Latar belakang atau background yang ramai (busy) seringkali menggangu fokus pada objek utama, sedangkan keselarasan atau kesederhanaan background akan semakin mengarahkan fokus dan menguatkan objek utama.

diagonal line composition
Lines
Seringkali kita tidak menyadari kehadiran garis alami pada objek disekitar kita, seperti Horison (garis cakrawala), garis pantai, pematang sawah, jalan, rel kereta api, ubin keramik dan sebagainya. Pada dasarnya garis-garis tersebut dibagi menjadi 4, yaitu: horisontal,vertikal, diagonal dan lengkung (kurva).

Framed Wall
Framing 

Framing atau pembingkaian disini maksudnya adalah menggunakan objek lain dalam foto untuk membingkai objek utama.

Memahami Exposure, Shutter Speed, Aperture & ISO Dalam Fotografi


Seringkali setelah membeli kamera digital baik DSLR mahupun saku (pocket), kita terpaku pada mode auto untuk waktu yang cukup lama. Mode auto memang paling mudah dan cepat, namun tidak memberikan kepuasan yang maksimum.

Bagi yang ingin “lulus dan naik kelas” dari mode auto serta ingin meyalurkan jiwa kreatif kedalam foto-foto yang dihasilkan, ada baiknya kita fahami konsep exposure. Kamera pada dasarnya adalah sebuah alat yang berguna untuk menangkap cahaya melalui sensor kamera. Cahaya yang masuk akhirnya diterjemahkan oleh sensor menjadi sebuah gambar. Apabila cahaya yang diterima oleh kamera kurang, gambar akan menjadi gelap – dalam dunia fotografi, hal ini sering disebut dengan Under Exposed (UE). Sebaliknya apabila cahaya yang masuk ke dalam kamera berlebih, gambar akan menjadi terlalu terang atau disebut dengan Over Exposed (OE).




Fotografer kenamaan, Bryan Peterson, telah menulis sebuah buku berjudul Understanding Exposure yang didalamnya diterangkan konsep exposure secara mudah. Peterson memberi ilustrasi tentang tiga elemen yang harus diketahui untuk memahami exposure, dia menamai hubungan ketiganya sebagai sebuah Segitiga Fotografi. Setiap elemen dalam segitiga fotografi ini berhubungan dengan cahaya, bagaimana cahaya masuk dan berinteraksi dengan kamera.

Ketiga elemen tersebut adalah:
ISO – ukuran seberapa sensitif sensor kamera terhadap cahaya
Aperture – seberapa besar lensa terbuka saat foto diambil
Shutter Speed – rentang waktu “jendela’ didepan sensor kamera terbuka

Interaksi ketiga elemen inilah yang disebut exposure. Perubahan dalam salah satu elemen akan mengakibatkan perubahan dalam elemen lainnya.




Perumpamaan Segitiga Eksposur

Mungkin jalan yang paling mudah dalam memahami exposure adalah dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dalam hal ini kita umpamakan segitiga exposure seperti pili air.

  • Shutter speed bagi saya adalah berapa lama kita membuka pili
  • Aperture adalah  seberapa lebar kita membuka pili
  • ISO adalah kuatnya dorongan air 
  • Sementara air yang mengalir melalui kerana tersebut adalah cahaya yang diterima sensor kamera

Tentu bukan perumpamaan yang sempurna, tapi paling tidak kita mendapat ide dasarnya. sebagaimana anda lihat, kalau exposure adalah jumlah air yang keluar dari pili, hal ini menunjukkan bahawa kita boleh mengubah nilai exposure dengan mengubah salah satu atau kombinasi ketiga elemen penyusunnya. Jika kamu mengubah shutter speed, berarti mengubah berapa lama pili air terbuka. Mengubah Aperture berarti mengubah seberapa besar debit airnya, sementara mengubah seberapa kuat dorongan air dari sumbernya.

Kamera saat ini sudah memiliki kemampuan melihat gambar dan menghitung exposure yang canggih. Bahkan informasi tentang kombinasi antara Shutter Speed, Aperture dan ISO dapat tergambarkan dengan sangat baik. Kamera DSLR ataupun kamera pocket/saku sudah memiliki fitur pilihan mode exposure, apakah itu otomatis, semi otomatis atau manual. 

Pada kamera DSLR terdapat mode Exposure (Manual) dan Otomatis (Automatic, Program, Aperture Priority dan Shutter Speed Priority). Untuk menggunakan manual exposure, kamu harus memahami terlebih dahulu tentang Shutter Speed, Aperture dan ISO. Jika ketiganya dipahami, kamu bisa menuangkan air di dalam gelas tanpa harus tumpah ataupun kurang adalah hal yang mudah. 




Exposure Compensation


Exposure Compensation adalah sebuah fitur kamera untuk mengubah hasil perhitungan exposure baik dari manual ataupun auto expoosure. Biasanya disimbolkan dengan sebuah tanda EV +/-

Bila kita menggunakan Exposure Compensation? Adalah pada saat kita menggunakan auto/manual exposure, namun hasil foto lebih gelap/terang dari yang diinginkan sebelumnya. Maka naikkan Exposure Compensation sebesar +1EV dan begitu juga sebaliknya, jika ingin foto lebih gelap, turunkan menjadi -1EV atau lebih. 

Rumus Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO = Exposure

Exposure Compensation bukan bagian dari faktor penentu exposure. Exposure Compensation hanya mengubah hasil perhitungan auto exposure saja. Jika kita menerapkan Exposure Compensation positif, maka hasil perhitungan auto exposure kamera akan lebih terang daripada sebelumnya. Jika kita menerapkan Exposure Compensation negatif, maka hasil auto exposure akan lebih gelap dari sebelumnya. 




Tuesday, 13 May 2014

Tema pilihan : Lanskap di UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dulu memang beriltizam dalam usaha mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. UKM mempunyai Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) yang menerajui pelbagai penyelidikan berteraskan alam sekitar. Keindahan dan kelestarian alam sekitar yang terdapat di sekitar kampus UKM wajar dinikmati oleh semua. Kepelbagaian flora di kampus ini dapat dilihat di Taman Selaka, Taman Pantun, Taman Paku Pakis, Hutan Pendidikan Alam dan Hutan Simpan Kekal UKM. Khazanah alam di hutan Bangi adalah unik selain kedudukannya yang strategik dan kaya pula dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Bukit bukau, anak sungai, denai, pohon kayu merimbun, semuanya menyajikan kehijauan landskap alam semula jadi yang menjadi faktor penyumbang kepada perlunya isi alam ini dirakamkan. Dengan ini saya telah mengambil 50 keping gambar sebagai tatapan untuk melihat keindahan lanskap-lanskap yang ada di UKM. Gambar-gambar ini saya pilih berasaskan kepada 5 teknik fotografi iaitu Long Shot, Medium Shot, Close-up, High Angle Shot dan Low Angle Shot.


1. Long Shot












2. High Angle











3. Low Angle











4. Angle Medium











5. Close-up