Secara
ringkasnya komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam
gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.
Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu,
elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak
lagilah.
Penting ke komposisi?
Sangat
Penting lah kerana Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan
gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Asas-asas komposisi
Terdapat banayak asas dalam fotografi, antaranya ialah:

rule of thirds
komposisi ini selalu digunakan oleh
fotografer. Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang
bersilang. Garisan tu mestilah kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera
sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tersebut.

pattern
Banyak pattern atau pola
disekitar kita, kumpulan pola yang sama seperti pada jendela-jendela gedung,
tangga, atau pola pada sebuah daun.

keseimbangan (balance)
Cara meletakkan subjek lebih kurang
sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek
utama.
Background
Latar belakang atau background yang
ramai (busy) seringkali menggangu fokus pada objek utama, sedangkan keselarasan
atau kesederhanaan background akan semakin mengarahkan fokus dan
menguatkan objek utama.

Lines
Seringkali kita tidak menyadari
kehadiran garis alami pada objek disekitar kita, seperti Horison (garis
cakrawala), garis pantai, pematang sawah, jalan, rel kereta api, ubin keramik
dan sebagainya. Pada dasarnya garis-garis tersebut dibagi menjadi 4,
yaitu: horisontal,vertikal, diagonal dan lengkung (kurva).

Framing
Framing atau pembingkaian disini
maksudnya adalah menggunakan objek lain dalam foto untuk membingkai objek
utama.

No comments:
Post a Comment