Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar.
Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di
bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana
straight forward.
Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita
supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita.
Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar?
Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita
letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.
Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu
bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda.
Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda
perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder
anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada
mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan
kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik
pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik
pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik
pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih
‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

Biasanya, tanpa
menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian
tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar
akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.

Apabila seseorang
jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar,
tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi
kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di
atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di
titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.

Gambar di atas dirakam
dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan
burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi
gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga
perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan
adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke
kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau
membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik
looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah
menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas
sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.

Teori rule of third
hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah
seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan
dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di
atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada
titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini,
gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang
burung yang sedang terbang.
maklumat yang berguna! thanks for sharing ;)
ReplyDeletewelcome and tq sudi menjenguk info di blog sy..
ReplyDelete