Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dulu memang beriltizam dalam usaha mengekalkan
kesejahteraan alam sekitar. UKM mempunyai Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI) yang menerajui pelbagai penyelidikan berteraskan alam sekitar. Keindahan
dan kelestarian alam sekitar yang terdapat di sekitar kampus UKM wajar
dinikmati oleh semua. Kepelbagaian flora di kampus ini dapat dilihat di Taman
Selaka, Taman Pantun, Taman Paku Pakis, Hutan Pendidikan Alam dan Hutan Simpan
Kekal UKM. Khazanah alam di hutan Bangi adalah unik selain kedudukannya yang
strategik dan kaya pula dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Bukit bukau,
anak sungai, denai, pohon kayu merimbun, semuanya menyajikan kehijauan landskap
alam semula jadi yang menjadi faktor penyumbang kepada perlunya isi alam ini
dirakamkan. Dengan ini saya telah mengambil 50 keping gambar sebagai tatapan
untuk melihat keindahan lanskap-lanskap yang ada di UKM. Gambar-gambar ini saya
pilih berasaskan kepada 5 teknik fotografi iaitu Long Shot, Medium Shot,
Close-up, High Angle Shot dan Low Angle Shot.
1. Long Shot
2. High Angle
3. Low Angle
4. Angle Medium
5. Close-up




cantik pemandangan ni :) moga lebih success dlm bidang ni ^__^
ReplyDeleteterima kasih shikin...^_^
ReplyDeletelanskap yang menarik..mggunakan sistem pewarnaan yang baik.teruskan usaha anda untuk mempamerkan lanskap2 yang menarik di ukm.. lanskap yg menarik seindah pemilik laman blog ini..huhu
ReplyDeletecantik dan menarik :)
ReplyDeletenice... satu perkongsian yg sngt brguna kpd smua... (y)
ReplyDeletenice pictures and good perfomance, i think you need more intersting pictures. keep it up sis..
ReplyDeletewahhh, menarik lah kak. lawa pulak nampak nih,.walaupun hari2 tgok benda yang sama.thanks kak
ReplyDeleteterima kasih semua bg dorongan n semangat utk lebih cenderung dalam bidang ni...^_^
ReplyDeletenice.. UKm ada jga tmpt2 y menarik sbnrnya..
ReplyDeleteye lah nur qaseh....bile terjun dalam bidang ni bru nampak yg menarik2...hehhe...
ReplyDeleteunsur hijau sememangnya utama bagi landskap ukm
ReplyDeletebetol2...trima kasih..:)
ReplyDelete